Tips Pemakanan: Pemakanan kanak-kanak sakit
Jika sekiranya seseorang kanak-kanak itu sakit, masalah tidak mahu makan adalah paling merisaukan hati ibu bapa.Kanak-kanak perlu makan dan minum mengikut saranan seperti di bawah sewaktu jatuh sakit tetapi harus diberi tambahan cecair dan makanan seperti:- Berikan lebih cecair ( menyusukan anak anda dengan lebih kerap : jika masih menyusu).
- Galakkan makan makanan yang lembut, pelbagai, menyelerakan dan mengikut kesukaannya.
Jenis makanan untuk kanak-kanak.
Makanan asas memberikan tenaga untuk anak. Contoh makanan asas: bijiran (nasi, gandum, mee), ubi-ubian (kentang, keledk, keladi) dan makanan berkanji (buah sukun dan pisang).
Selain makanan asas ini, anak memerlukan pelbagai makanan lain seperti:
- Makanan sumber haiwan: daging, ayam, ikan, telur dan hati.
- Susu dan hasil tenusu: keju, yogurt, dadih( dan susu bagi yang tidak menyusu susu ibu).
- Sayur berdaun hijau dan sayur berwarna kuning: bayam, sawi, lobak, labu dan brokoli.
- Buah-buahan: pisang, oren, jambu batu, mangga, pic, kiwi.
- Legum: Kacang dal, kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, kacang parang (masak sehingga empuk).
- Minyak dan lemak: Minyak sayuran dan mentega.
- Mentega kacang, taugeh, kuaci biji tembikai, kuaci biji matahari, dan kuaci biji labu.
1 comment:
Info yang bagus. Terima kasih atas perkongsian
Post a Comment