Meliputi KESIHATAN KELUARGA,MINOR SURGERI, KECEMASAN, penjagaan luka kaki akibat kencing manis, house call, ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak serta FOMEMA.

HUBUNGI: POLIKLINIK AL HAFIZ, PT 301, JALAN KOTA DARULNAIM, KAMPUNG PUTEH, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. 09 7430749 poliklinikalhafiz@yahoo.com TWITTER: @KLINIKALHAFIZKB FB: Poliklinik Al Hafiz KB.
Showing posts with label pediatrik. Show all posts
Showing posts with label pediatrik. Show all posts

Friday

Chicken Pox : Penyakit Berjangkit.

Chicken Pox : Penyakit Berjangkit.


Chicken Pox atau cacar air adalah satu daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit. Penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan Varicella Zoster Virus. Cara jangkitan penyakit ini adalah melalui sentuhan kulit . Ia juga boleh berjangkit melalui pernafasan.

Gejala bagi mereka yang dijangkiti adalah seseorang akan mengalami demam selama sehari ke dua hari. Ini diikuti dengan mendapat lepoh di kulit merangkumi seluruh badan. Lepoh ini amat jarang terdapat di tapak tangan atau tapak kaki.

Tempoh eraman bagi virus ini adalah selama 10 ke 21 hari. Tempoh jangkitan adalah dari sehari ke dua hari sebelum lepoh sehingga 6 hari selepas lepoh timbul. Langkah pencegahan adalah mengasingkan pesakit yang dijangkiti Chicken Pox ini.

Mereka yang telah dijangkiti virus ini akan memperolehi ketahanan tubuh atau antibodi terhadap penyakit ini sepanjang hayat. Terdapat rawatan bagi mereka yang dijangkiti. 


Monday

Hepatitis B.

Assalamualaikum, terima kasih kerana membaca.

Hepatitis B.

Hepatitis B disebabkan oleh virus Hepatitis B, sejenis penyakit hati. Virus ini akan merebak menerusi hubungan secara langsung dengan darah atau cecair badan yang lain seperti air liur, air kencing dan air mani.

TANDA-TANDA.
Hilang selera makan, penat/lelah, sakit otot atau sakit perut, cirit-birit, muntah dan kekuningan pada kulit dan mata (demam kuning).

KOMPLIKASI.
Hepatitis B boleh menyebabkan kerosakan pada hati (cirrhosis) yang boleh membawa kepada barah hati.

Penyakit Haemophilus Influenzae jenis B (Hib).

Assalamualaikum kepada pembaca..

Penyakit Haemophilus Influenzae jenis B (Hib).

Penyakit ini disebabkan oleh Haemophilus influenzae jenis B, sejenis bakteria yang merebak melalui batuk bersin atau pernafasan.

TANDA-TANDA.
Seseorang yang dijangkiti mungkin tidak akan tunjuk tanda-tanda sakit jika bakteria itu kekal di dalam hidung dan tekak.

KOMPLIKASI.
Jika paru-paru atau saluran darah dijangkiti, pesakit mungkin akan mengalami risiko keradangan di selaput otak. Hib juga boleh menyebabkan pneumonia (keradangan pada paru-paru), epiglottitis (keradangan pada tekak) atau arthritis.

Tuesday

Difteria.

Assalamualaikum kepada pembaca. Terima Kasih sudi membaca.

Difteria.

Adalah penyakit yang disebabkan oleh Corynebacterium diphtheriae, sejenis bakteria yang merebak melalui batuk dan bersin.

TANDA-TANDA.
Sakit tekak, demam, menggigil, selaput di tekak.

KOMPLIKASI.
Difteria mungkin mengeluarkan toksin yang menyebabkan komplikasi yang serius seperti  kegagalan jantung atau lumpuh. Dalam kes yang jarang berlaku, penyakit ini boleh membawa maut.

Monday

ID : Batuk Kokol.

Assalamualaikum buat pembaca. Terima Kasih kerana membaca.

Batuk Kokol.


Batuk kokol disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Bordetella Pertussis. Penyakit ini mudah merebak melalui batuk dan bersin.

TANDA-TANDA.
Bersin, hingus pada peringkat awal, demam, batuk ringan, dan batuk berterusan kuat dan kerap (selepas 1-2 minggu) dengan bunyi 'whoop' dalam pernafasan kanak-kanak.

KOMPLIKASI.
Batuk kokol boleh membawa kepada keradangan paru-paru (pneumonia). Dalam kes yang jarang sekali, ia boleh membawa maut. Lebih mudah bagi bayi di bawah usia 1 tahun untuk menjangkiti penyakit ini.

Thursday

Tips Pemakanan: Pemakanan kanak-kanak sakit .


Tips Pemakanan: Pemakanan kanak-kanak sakit 

Jika sekiranya seseorang kanak-kanak itu sakit, masalah tidak mahu makan adalah paling merisaukan hati ibu bapa.Kanak-kanak perlu makan dan minum mengikut saranan seperti di bawah sewaktu jatuh sakit tetapi harus diberi tambahan cecair dan makanan seperti:

  • Berikan lebih cecair ( menyusukan anak anda dengan lebih kerap : jika masih menyusu).
  • Galakkan makan makanan yang lembut, pelbagai, menyelerakan dan mengikut kesukaannya.

Jenis makanan untuk kanak-kanak.

Makanan asas memberikan tenaga untuk anak. Contoh makanan asas: bijiran (nasi, gandum, mee), ubi-ubian (kentang, keledk, keladi) dan makanan berkanji (buah sukun dan pisang).

Selain makanan asas ini, anak memerlukan pelbagai makanan lain seperti:
  • Makanan sumber haiwan: daging, ayam, ikan, telur dan hati.
  • Susu dan hasil tenusu: keju, yogurt, dadih( dan susu bagi yang tidak menyusu susu ibu).
  • Sayur berdaun hijau dan sayur berwarna kuning: bayam, sawi, lobak, labu dan brokoli.
  • Buah-buahan: pisang, oren, jambu batu, mangga, pic, kiwi.
  • Legum: Kacang dal, kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, kacang parang (masak sehingga empuk).
  • Minyak dan lemak: Minyak sayuran dan mentega.
  • Mentega kacang, taugeh, kuaci biji tembikai, kuaci biji matahari, dan kuaci biji labu.

Tuesday

ID: Jangkitan RotaVirus @ cirit birit.

ID: Jangkitan RotaVirus @ cirit birit.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menjangkiti saluran usus.
Virus ini menyebar melalui hubungan secara langsung dengan najis seseorang yang dijangkitinya atau dengan berkongsi makanan, minuman atau barang mainan yang tercemar.

TANDA-TANDA
Cirit birit kuat yang mungkin berlaku sehingga 20 kali sehari dan berlanjutan sehingga 3 minggu, muntah yang boleh berlanjutan hingga 9 hari, demam dan sakit perut.

KOMPLIKASI
Jangkitan ini menjejaskan bahagian badan yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti perut dan usus (saluran usus). Cirit birit dan muntah adalah disebabkan oleh keradangan pada lapisan salur usus (gastroenteritis). Dalam kes yang jarang berlaku, penyahidratan boleh membawa kepada kejutan. kegagalan buah pinggang dan kerosakan otak.

source gsk

Tips Penjagaan Bayi : Kebersihan diri.

Tips Penjagaan Bayi : Kebersihan diri.

     Kebersihan bayi adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan bayi. Kurangnya penjagaan kebersihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit terutamanya penyakit berjangkit. Berikut adalah:

Cara menjaga kebersihan bayi:

  1. Tidak menggalakan penggunaan puting tiruan (pacifier) bagi bayi.
  2. Kebersihan mulut bayi dilakukan dengan mengelap bahagian dalam mulut bayi dengan kain bersih yang dibasahkan pada setiap malam.
  3. Kebersihan pengasuh atau caretaker atau ibu amat perlu ditekankan iaitu dengan membasuh tangan setiap kali menukar lampin bayi.

     Semoga dengan tips yang diberikan, kesihatan bayi adalah terjamin.

Monday

Tips Menghantar Bayi ke Nursery.

Tips Menghantar Bayi ke Nursery.


     Anak adalah anugerah yang terindah dari Pencipta. Lahirnya ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Jika berpeluang, anak-anak sebaiknya diasuh sendiri. Namun, kekangan kerjaya masa kini menyebabkan bayi terpaksa dihantar ke nursery atau pusat jagaan kanak - kanak.

Bagi memilih nursery  yang sesuai, maka pilihlah berdasarkan 

ciri-ciri nursery  yang sesuai:


  • Pastikan nursery  itu berdaftar dengan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT.
  • Mempunyai persekitaran yang selamat dan BERSIH.
  • Mempunyai penjaga yang terlatih dan berkemahiran.
  • Fleksibel : yang mana ibu bapa dibenarkan melawat anak atau bayi di nursery itu pada bila-bila masa.
Oleh itu, pilihan terletak di tangan anda.
gambar bayi - sekadar hiasan (sumber internet)