Meliputi KESIHATAN KELUARGA,MINOR SURGERI, KECEMASAN, penjagaan luka kaki akibat kencing manis, house call, ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak serta FOMEMA.

HUBUNGI: POLIKLINIK AL HAFIZ, PT 301, JALAN KOTA DARULNAIM, KAMPUNG PUTEH, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. 09 7430749 poliklinikalhafiz@yahoo.com TWITTER: @KLINIKALHAFIZKB FB: Poliklinik Al Hafiz KB.

Monday

Jemaah Haji Malaysia bebas SARS.

Jemaah Haji Malaysia bebas SARS.

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Tiada jemaah haji Malaysia dijangkiti wabak Sindrom Pernafasan Teruk (SARS) di Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setakat ini, tiada laporan menunjukkan jemaah Malaysia terlibat dengan wabak berkenaan.

“Kita (Malaysia) sudah bersiap sedia dan menghantar pasukan perubatan terdiri daripada 182 pakar yang sentiasa memberi peringatan kepada jemaah berhubung penjagaan kesihatan.
“Kerajaan Arab Saudi juga ada memaklumkan berkaitan SARS dan mereka sudah mengambil tindakan drastik bagi memastikan wabak berkenaan tidak menular," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelepasan 356 jemaah haji kumpulan KT41 di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat mengucapkan selamat jalan kepada 356 jemaah tersebut.
Turut hadir Duta Besar Arab Saudi, Fahad A. H. Al-Rashid.

Tambah Jamil Khir, kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi turut membantu kementerian mendapatkan maklumat terkini tentang kesihatan jemaah haji, di samping laporan kaji cuaca.
“Menurut Lembaga Tabung Haji, setakat ini hanya lima jemaah haji dimasukkan ke hospital kerana sakit biasa manakala dua lagi meninggal dunia akibat masalah jantung,’’ katanya.
Sementara itu, menurut beliau, lebih 10,000 jemaah haji sudah tiba di Madinah dan beberapa kumpulan kecil telah memulakan perjalanan menuju ke kota Mekah.

SUMBER:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120928/dn_20/Jemaah-haji-kita-bebas-wabak-SARS#ixzz281oDYl00 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: