Meliputi KESIHATAN KELUARGA,MINOR SURGERI, KECEMASAN, penjagaan luka kaki akibat kencing manis, house call, ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak serta FOMEMA.

HUBUNGI: POLIKLINIK AL HAFIZ, PT 301, JALAN KOTA DARULNAIM, KAMPUNG PUTEH, 15150 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM. 09 7430749 poliklinikalhafiz@yahoo.com TWITTER: @KLINIKALHAFIZKB FB: Poliklinik Al Hafiz KB.

Monday

Hepatitis B.

Assalamualaikum, terima kasih kerana membaca.

Hepatitis B.

Hepatitis B disebabkan oleh virus Hepatitis B, sejenis penyakit hati. Virus ini akan merebak menerusi hubungan secara langsung dengan darah atau cecair badan yang lain seperti air liur, air kencing dan air mani.

TANDA-TANDA.
Hilang selera makan, penat/lelah, sakit otot atau sakit perut, cirit-birit, muntah dan kekuningan pada kulit dan mata (demam kuning).

KOMPLIKASI.
Hepatitis B boleh menyebabkan kerosakan pada hati (cirrhosis) yang boleh membawa kepada barah hati.

Penyakit Haemophilus Influenzae jenis B (Hib).

Assalamualaikum kepada pembaca..

Penyakit Haemophilus Influenzae jenis B (Hib).

Penyakit ini disebabkan oleh Haemophilus influenzae jenis B, sejenis bakteria yang merebak melalui batuk bersin atau pernafasan.

TANDA-TANDA.
Seseorang yang dijangkiti mungkin tidak akan tunjuk tanda-tanda sakit jika bakteria itu kekal di dalam hidung dan tekak.

KOMPLIKASI.
Jika paru-paru atau saluran darah dijangkiti, pesakit mungkin akan mengalami risiko keradangan di selaput otak. Hib juga boleh menyebabkan pneumonia (keradangan pada paru-paru), epiglottitis (keradangan pada tekak) atau arthritis.

Tuesday

Difteria.

Assalamualaikum kepada pembaca. Terima Kasih sudi membaca.

Difteria.

Adalah penyakit yang disebabkan oleh Corynebacterium diphtheriae, sejenis bakteria yang merebak melalui batuk dan bersin.

TANDA-TANDA.
Sakit tekak, demam, menggigil, selaput di tekak.

KOMPLIKASI.
Difteria mungkin mengeluarkan toksin yang menyebabkan komplikasi yang serius seperti  kegagalan jantung atau lumpuh. Dalam kes yang jarang berlaku, penyakit ini boleh membawa maut.

Monday

ID : Batuk Kokol.

Assalamualaikum buat pembaca. Terima Kasih kerana membaca.

Batuk Kokol.


Batuk kokol disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Bordetella Pertussis. Penyakit ini mudah merebak melalui batuk dan bersin.

TANDA-TANDA.
Bersin, hingus pada peringkat awal, demam, batuk ringan, dan batuk berterusan kuat dan kerap (selepas 1-2 minggu) dengan bunyi 'whoop' dalam pernafasan kanak-kanak.

KOMPLIKASI.
Batuk kokol boleh membawa kepada keradangan paru-paru (pneumonia). Dalam kes yang jarang sekali, ia boleh membawa maut. Lebih mudah bagi bayi di bawah usia 1 tahun untuk menjangkiti penyakit ini.

Sunday

Waktu Operasi Poliklinik Al Hafiz KB.

Waktu Operasi Poliklinik Al Hafiz KB.


SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT.
BERMULA JAM 8.00 PAGI HINGGA 11.00 MALAM.

HARI SABTU 
BERMULA JAM 4 PETANG HINGGA 11.00 MALAM.


Saturday

7 Saranan mengurangkan faktor risiko PENYAKIT JANTUNG.


7 Saranan mengurangkan faktor risiko PENYAKIT JANTUNG.

Sempena Hari Jantung Sedunia tahun ini, saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia, terutamanya kaum wanita yang menjadi tunggak keluarga, agar membudayakan tujuh (7) langkah berikut yang berupaya mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular:

 1.Kekal aktif setiap hari. Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu dengan intensiti sederhana;
   
 2.Kekalkan BMI unggul sebanyak 18.0 hingga 22.9 kg/m2, dan ketahuilah bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% setiap minggu mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes;
   
 3.Kurangkan garam kepada kurang dari 5 gram sehari (bersamaan dengan 1 sudu teh), gula dan lemak dalam diet harian anda dan lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pinggan hidangan anda. Makanlah mengikut keperluan kalori harian anda kerana keseimbangan keperluan kalori dan tahap aktiviti fizikal harian anda adalah penting dalam mengekalkan bentuk tubuh yang anggun dan kesihatan jantung anda;
   
 4.Ketahui status kesihatan anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tekanan darah, paras gula dan tahap kolesterol dalam darah anda sebagai langkah pencegahan penyakit kardiovaskular;
   
 5.Ketahui sejarah kesihatan keluarga anda. Jika mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes, hipertensi dan sakit jantung pra-matang (berumur kurang dari 55 tahun bagi lelaki dan kurang dari 65 tahun bagi wanita) berwaspadalah kerana anda berisiko tinggi! Jalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap dan berikan keutamaan lebih kepada tahap kesihatan.
   
 6.Berhentilah merokok. Merokok merosakkan salur darah. Ia bukan sahaja berbahaya kepada perokok malah perokok pasif disekelilingnya.
   
 7.Tangani stres dengan berkesan. Belajarlah kaedah untuk mengurangkan stres.  Stres adalah penyumbang kepada amalan tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan dan makan secara berlebihan.
   

Jadi, saya ingin menyarankan agar kaum wanita terutama yang berusia 30 tahun dan ke atas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan anda. Jauhkan anak-anak anda dari menjadicouch potatodan pastikan mereka aktif dan makan secara sihat. Ibubapalah penentu tahap kesihatan anak-anak. Sesungguhnya anak-anak yang sihat dan cergas bakal menghasilkan generasi yang dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Masa hadapan mereka bermula di rumah.


DATO’ SRI DR HASAN BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Friday

Thursday

Tips Pemakanan: Pemakanan kanak-kanak sakit .


Tips Pemakanan: Pemakanan kanak-kanak sakit 

Jika sekiranya seseorang kanak-kanak itu sakit, masalah tidak mahu makan adalah paling merisaukan hati ibu bapa.Kanak-kanak perlu makan dan minum mengikut saranan seperti di bawah sewaktu jatuh sakit tetapi harus diberi tambahan cecair dan makanan seperti:

  • Berikan lebih cecair ( menyusukan anak anda dengan lebih kerap : jika masih menyusu).
  • Galakkan makan makanan yang lembut, pelbagai, menyelerakan dan mengikut kesukaannya.

Jenis makanan untuk kanak-kanak.

Makanan asas memberikan tenaga untuk anak. Contoh makanan asas: bijiran (nasi, gandum, mee), ubi-ubian (kentang, keledk, keladi) dan makanan berkanji (buah sukun dan pisang).

Selain makanan asas ini, anak memerlukan pelbagai makanan lain seperti:
  • Makanan sumber haiwan: daging, ayam, ikan, telur dan hati.
  • Susu dan hasil tenusu: keju, yogurt, dadih( dan susu bagi yang tidak menyusu susu ibu).
  • Sayur berdaun hijau dan sayur berwarna kuning: bayam, sawi, lobak, labu dan brokoli.
  • Buah-buahan: pisang, oren, jambu batu, mangga, pic, kiwi.
  • Legum: Kacang dal, kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, kacang parang (masak sehingga empuk).
  • Minyak dan lemak: Minyak sayuran dan mentega.
  • Mentega kacang, taugeh, kuaci biji tembikai, kuaci biji matahari, dan kuaci biji labu.

Wednesday

Tips Pemakanan: Bayi 6 bulan - 5 tahun.

Tips Pemakanan: Bayi 6 bulan - 5 tahun.

Sumber utama nutrien untuk bayi dari lahir hingga 2 tahun adalah susu ibu. Apabila berusia 6 bulan barulah bayi perlu kepada makanan dan cecair selain susu ibu.

Makanan asas memberikan tenaga untuk anak. Contoh makanan asas: bijiran (nasi, gandum, mee), ubi-ubian (kentang, keledk, keladi) dan makanan berkanji (buah sukun dan pisang).

Selain makanan asas ini, anak memerlukan pelbagai makanan lain seperti:
  • Makanan sumber haiwan: daging, ayam, ikan, telur dan hati.
  • Susu dan hasil tenusu: keju, yogurt, dadih( dan susu bagi yang tidak menyusu susu ibu).
  • Sayur berdaun hijau dan sayur berwarna kuning: bayam, sawi, lobak, labu dan brokoli.
  • Buah-buahan: pisang, oren, jambu batu, mangga, pic, kiwi.
  • Legum: Kacang dal, kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, kacang parang (masak sehingga empuk).
  • Minyak dan lemak: Minyak sayuran dan mentega.
  • Mentega kacang, taugeh, kuaci biji tembikai, kuaci biji matahari, dan kuaci biji labu.


Tuesday

ID: Jangkitan RotaVirus @ cirit birit.

ID: Jangkitan RotaVirus @ cirit birit.

Rotavirus adalah sejenis virus yang menjangkiti saluran usus.
Virus ini menyebar melalui hubungan secara langsung dengan najis seseorang yang dijangkitinya atau dengan berkongsi makanan, minuman atau barang mainan yang tercemar.

TANDA-TANDA
Cirit birit kuat yang mungkin berlaku sehingga 20 kali sehari dan berlanjutan sehingga 3 minggu, muntah yang boleh berlanjutan hingga 9 hari, demam dan sakit perut.

KOMPLIKASI
Jangkitan ini menjejaskan bahagian badan yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti perut dan usus (saluran usus). Cirit birit dan muntah adalah disebabkan oleh keradangan pada lapisan salur usus (gastroenteritis). Dalam kes yang jarang berlaku, penyahidratan boleh membawa kepada kejutan. kegagalan buah pinggang dan kerosakan otak.

source gsk

Tips Penjagaan Bayi : Kebersihan diri.

Tips Penjagaan Bayi : Kebersihan diri.

     Kebersihan bayi adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan bayi. Kurangnya penjagaan kebersihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit terutamanya penyakit berjangkit. Berikut adalah:

Cara menjaga kebersihan bayi:

  1. Tidak menggalakan penggunaan puting tiruan (pacifier) bagi bayi.
  2. Kebersihan mulut bayi dilakukan dengan mengelap bahagian dalam mulut bayi dengan kain bersih yang dibasahkan pada setiap malam.
  3. Kebersihan pengasuh atau caretaker atau ibu amat perlu ditekankan iaitu dengan membasuh tangan setiap kali menukar lampin bayi.

     Semoga dengan tips yang diberikan, kesihatan bayi adalah terjamin.

Monday

Jemaah Haji Malaysia bebas SARS.

Jemaah Haji Malaysia bebas SARS.

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Tiada jemaah haji Malaysia dijangkiti wabak Sindrom Pernafasan Teruk (SARS) di Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setakat ini, tiada laporan menunjukkan jemaah Malaysia terlibat dengan wabak berkenaan.

“Kita (Malaysia) sudah bersiap sedia dan menghantar pasukan perubatan terdiri daripada 182 pakar yang sentiasa memberi peringatan kepada jemaah berhubung penjagaan kesihatan.
“Kerajaan Arab Saudi juga ada memaklumkan berkaitan SARS dan mereka sudah mengambil tindakan drastik bagi memastikan wabak berkenaan tidak menular," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelepasan 356 jemaah haji kumpulan KT41 di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat mengucapkan selamat jalan kepada 356 jemaah tersebut.
Turut hadir Duta Besar Arab Saudi, Fahad A. H. Al-Rashid.

Tambah Jamil Khir, kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi turut membantu kementerian mendapatkan maklumat terkini tentang kesihatan jemaah haji, di samping laporan kaji cuaca.
“Menurut Lembaga Tabung Haji, setakat ini hanya lima jemaah haji dimasukkan ke hospital kerana sakit biasa manakala dua lagi meninggal dunia akibat masalah jantung,’’ katanya.
Sementara itu, menurut beliau, lebih 10,000 jemaah haji sudah tiba di Madinah dan beberapa kumpulan kecil telah memulakan perjalanan menuju ke kota Mekah.

SUMBER:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120928/dn_20/Jemaah-haji-kita-bebas-wabak-SARS#ixzz281oDYl00 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tips Menghantar Bayi ke Nursery.

Tips Menghantar Bayi ke Nursery.


     Anak adalah anugerah yang terindah dari Pencipta. Lahirnya ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Jika berpeluang, anak-anak sebaiknya diasuh sendiri. Namun, kekangan kerjaya masa kini menyebabkan bayi terpaksa dihantar ke nursery atau pusat jagaan kanak - kanak.

Bagi memilih nursery  yang sesuai, maka pilihlah berdasarkan 

ciri-ciri nursery  yang sesuai:


  • Pastikan nursery  itu berdaftar dengan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT.
  • Mempunyai persekitaran yang selamat dan BERSIH.
  • Mempunyai penjaga yang terlatih dan berkemahiran.
  • Fleksibel : yang mana ibu bapa dibenarkan melawat anak atau bayi di nursery itu pada bila-bila masa.
Oleh itu, pilihan terletak di tangan anda.
gambar bayi - sekadar hiasan (sumber internet)

Perkhidmatan : Poliklinik Al Hafiz KB. KHATAN

Perkhidmatan : Poliklinik Al Hafiz KB. KHATAN



Cuti sekolah bakal bermula. Poliklinik ini menyediakan perkhidmatan berkhatan. Booking / temujanji sudah dibuka. sila hubungi poliklinik untuk mendapatkan tarikh. lakukan awal untuk mengelakkan kesesakan.

LIKE DI FACEBOOK

peta lokasi Poliklinik Al Hafiz KB.


FanPage Poliklinik Al Hafiz KB.

FanPage Poliklinik Al Hafiz KB.

Kini Poliklinik Al Hafiz KB mempunyai Page di Facebook.
Bagi pembaca boleh LIKE Facebook Poliklinik Al Hafiz KB dengan klik link di bawah ini:

http://www.facebook.com/PoliklinikAlHafizKb