Chicken Pox : Penyakit Berjangkit.
Chicken Pox atau cacar air adalah satu daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit. Penyakit ini adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan Varicella Zoster Virus. Cara jangkitan penyakit ini adalah melalui sentuhan kulit . Ia juga boleh berjangkit melalui pernafasan.
Gejala bagi mereka yang dijangkiti adalah seseorang akan mengalami demam selama sehari ke dua hari. Ini diikuti dengan mendapat lepoh di kulit merangkumi seluruh badan. Lepoh ini amat jarang terdapat di tapak tangan atau tapak kaki.
Tempoh eraman bagi virus ini adalah selama 10 ke 21 hari. Tempoh jangkitan adalah dari sehari ke dua hari sebelum lepoh sehingga 6 hari selepas lepoh timbul. Langkah pencegahan adalah mengasingkan pesakit yang dijangkiti Chicken Pox ini.
Mereka yang telah dijangkiti virus ini akan memperolehi ketahanan tubuh atau antibodi terhadap penyakit ini sepanjang hayat. Terdapat rawatan bagi mereka yang dijangkiti.